“Hijrah Wanita Dengan Ilmu & Amal”
Sebagai seorang wanita Muslimah, perjalanan hidup kita dipenuhi dengan pelbagai amanah dan tanggungjawab. Justeru, kita memerlukan ilmu agar dapat memperbaiki ibadah, menjaga diri serta melaksanakan setiap amanah dengan berpandukan syariat.
Jom luangkan sehari khusus buat para muslimat dalam majlis ilmu bersama Ustazah Ummu Khadeeja Al-Kubra untuk memperkukuh kefahaman, memperbaiki amalan dan menambah bekalan dalam perjalanan menuju redha Allah.
• 7 November 2026 (Sabtu)
• 8.00 pagi – 2.00 Petang
• Dewan Siddiqiah Center, Semenyih
• Online (Google Meet)
Ajak sahabat-sahabat muslimat untuk bersama-sama hadir dalam majlis ilmu ini. Semoga setiap langkah menuju majlis ilmu menjadi asbab bertambahnya ilmu, baiknya amal dan dekatnya hati kepada Allah.
Daftar penyertaan anda sekarang!
⚠️Penyertaan fizikal adalah terhad. Rakaman disediakan.